Hari ni aku nak share macamana husband aku boleh dapat HLP CUTI BELAJAR BERGAJI PENUH DENGAN BIASISWA untuk kumpulan sokongan gred N19.
Untuk pengetahuan semua, HLP Diploma Ijazah untuk kumpulan sokongan ni dibuka pada tahun 2017. Husband aku antara first batch yang bertuah dipanggil untuk temuduga..of course laa aku yang paksa husband aku sambung belajar..yela sape nak bagi belajar percuma bergaji penuh kan..elaun semua dapat..Alhamdulillah..nikmat Allah yang mana hendak engkau dustakan..setelah berjaya temuduga baru dipanggil untuk taklimat dan ada bermacam-macam laa yang kena isi..borang itu dan ini..masa isi borang untuk apply temuduga tu, korang kena fikir betul-betul jurusan apa yang korang nak sambung sebabnya bila korang dah submit korang dah tak akan boleh tukar kecuali atas sebab-sebab tertentu.macam husband aku, disebabkan dia degil tak nak dengar cakap isteri dia pilih untuk ambil bidang Psikologi..tapi disebabkan Psikologi tak de untuk diploma dia disuruh oleh JPA untuk tukar course..lagipun time apply tu tak de plak diberitahu yang Psikologi ni tak ada course diploma. bila dah dapat surat tawaran baru dari JPA baru boleh apply dalam UPU.
Sebenarnya dari satu ke satu step untuk berjaya hingga sambung belajar banyak yang kena tempuh..alhamdulillah walaupun aku yang paksa husband aku sambung belajar tapi dia tak give up dengan ujian-ujian ni semua..aku pun kadang-kadang aku terover membebel kat dia sampai dia tarik muka tapi lepas tu kita fikir secara positif..bukan mudah untuk dapat semua ni kan..
Setelah selesai isi permohonan ke upu tiba-tiba keluar result husband aku tidak berjaya..untuk sekian kalinya aku teman husband aku ke Kementerian Pengajian Tinggi untuk tahu kenapa dia tidak layak. first, bila tahu tak layak isi dulu rayuan selepas follow up and the result is still dia tak layak disebabkan result matematik dia tak cantik. Apa perlu kita buat bila jadi camni.. ???
Disebabkan husband aku memang nak sambung study under uitm dia still boleh apply but dia kena ambil exam APEL (Accreditation on Prior Experiential Learning) hmmm..banyak hal kan..exam ni buat under Agensi Kelayakan Malaysia..banyak laa kena ready sebelum dia panggil buat exam tu..duit pun banyak jugak habis..xpela..bukan senang nak senang kan..Lepas dah settle semua ni kena turun naik uitm jugak then baru laa selesai..ni tak start lagi belajar..doakan laa semua berjalan lancar dan dimudahkan urusan husband aku nanti..
Itu jelah yang boleh aku sharing pasal sambung belajar en husband ku..Semoga post ni boleh menjadi kenangan dan ingatan buat husband aku...yang isteri dia ni sanggup bersama-sama dia turun naik untuk dia capai cita-cita dia..lepas ni aku dan alya akan menjalani kehidupan baru disebabkan abbati alya dah sambung study..macamana laa mama nanti alya..rupa orang ke tak...sesungguhnya kita manusia ini hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..semoga ALLAH mudahkan segala urusan abbati, mama dan alya..aminn..
Thanks for reading..
Itu jelah yang boleh aku sharing pasal sambung belajar en husband ku..Semoga post ni boleh menjadi kenangan dan ingatan buat husband aku...yang isteri dia ni sanggup bersama-sama dia turun naik untuk dia capai cita-cita dia..lepas ni aku dan alya akan menjalani kehidupan baru disebabkan abbati alya dah sambung study..macamana laa mama nanti alya..rupa orang ke tak...sesungguhnya kita manusia ini hanya merancang, tapi ALLAH yang menentukan..semoga ALLAH mudahkan segala urusan abbati, mama dan alya..aminn..
Thanks for reading..









